Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua peserta (berjumlah 146 orang) yang telah menyokong dan memberikan kerjasama sepanjang acara ini berlangsung.
Berikut adalah 'Fun map' lokasi semua acara yang diadakan sempena Pesta Pantai Bagan Lalang 2017. Acara catur adalah pada 10 September di mana pusingan 1 dijangka bermula pada pukul 9:30 pagi.
PERHATIAN : Promosi diskaun sebanyak RM 5 akan berakhir hari ini (1 September 2017) ! Mulai esok, yuran penyertaan adalah RM 25 (Kategori Terbuka) & RM 20 (Kategori bawah 12 tahun) .